
mungkin terlalu awal untuk aku berkata kata bercerita untuk berkira kira setelah d tambah tolak darab bahagi tentang kebaikan dan keburukan kau kawan . mungkin juga tidak perlu untuk aku mengepost entry seperti ini d khalayak umum tidak untuk aku berbangga bangga dan bermegah kerana mempunyai kawan sekacak kau . sejujurnya semakin dunia mentuakan usianya semakin tik tok tik tok masa berlalu seminkin alpanya kita sebagai manusia d bumi semakin itulah aku selesa membawa kau masuk kedalam hidupku hanya sebagai seorang kawan dan tidak untuk selebeh dari itu buat ketika ini . "kita kawan sampai mati" pernah kau ucap sebagai tanda ikhlasnya kau terhadap aku . mungkin terlalu awal untuk aku pegang kata kata kau yang hanya sekadar menyedapkan halwa telinga atau hanya sekadar untuk menjaga hati atau ini atau adalah sebanarnya apa yang kau inginkan? mungkin terlalu awal untuk aku berkira kira keadaan itu . kau kacak ! yup . aku mengaku itu sejujurnya . tahu sebab apa aku terlalu teruja bila berkawan dengan kau? sebab kau humble sangat sangat . sekarang d waktu ini kau berada d tengah lautan biru . "dah sampai mana agaknya kau?" berlayar menuju ke US . aku faham dengan kerja kau setengah tahun kau pergi untuk mencari kehidupan pergi untuk menimba lebih banyak keilmuan pergi untuk sememangnya telah menjadi tanggungjawab kau dengan kerja kau . syukur teknologi telah menemukan kita dan sejauh mana kau pergi , teknologilah yang telah menghubungkan kita . setiap hari akan aku tunggu email dari kau dan masih syukur kau tetap jua menghantar email sehingga saat ini .

kacak2
ReplyDeletehandsome boy :)
ReplyDelete